|
Jadual
Solat |
Kota Kinabalu Sabah
Tempat Lain
| |
Imsak | 4:40 |
Subuh | 4:52 |
Syuruk | 6:00 |
Zuhur | 12:13 |
Asar | 3:19 |
Maghrib | 6:17 |
Isyak | 7:27 |
|
|
|
ANDA DIPELAWA MELAYARI PAUTAN SAYA YANG LAIN:
Sembang Kreatif Hasyuda Abadi Kreatif Hasyuda Abadi egroups Laman Akar Cahaya
APA YANG
PERNAH KUUNGKAPKAN... |
Pengalaman tidak akan didewasakan oleh peristiwa yang serupa, tetapi apabila hal-hal yang serupa menjadi hambatan menyebabkan sesuatu itu
menjadi 'gunting', sewajarnyalah kita membetulkan kesilapan itu agar 'gunting' tidak terus bersembunyi di dalam lipatan!
|
Kekuatan kita adalah jati diri kita. Mawar yang asli akan wangi selamanya kerana bukan aroma semata tetapi teguhnya yang beralas atas cahaya keagungan.
|
Bintang itu bukan datang dari angkasa, ia datang dari 'langit' yang lebih luas dan 'kuasa' yang diberi tidak kepada ramai orang. Namun tanpa usaha yang gigih, kita tidak mungkin menerima apa-apa.
|
Kataku pada Jair Sulai: Apabila kita tidak menemukan satu jalan biasa, carilah jalan lain meski berliku yang akhirnya akan sampai juga di destinasi yang sama.
|
Duit bukan segala-galanya dalam kehidupan namun dengan nilai duit yang ada itu juga memberikan kesempatan para penulis menajamkan fikirannya semata-mata untuk memberikan kesedaran kepada orang lain. Rakyat yang miskin harus diberikan perhatian sewajarnya, rakyat yang kaya harus membantu mereka yang tidak bernasib baik, rakyat yang lupa diingatkan, rakyat yang leka disedarkan, rakyat yang tidak amanah ditegur, rakyat yang jenayah diinsafkan selepas melalui era hukuman. Konsep saling ingat mengingatkan ini amat relevan dengan tanggungjawab penulis. Rujukan-rujukan dalam bentuk buku tidak mungkin dapat ditemui tanpa penulis. Penulis yang masyhur dan berilmu memerlukan pembaca dan pembaca itu tentulah mereka yang mempunyai nilai beli yang baik.
|
Penulis tidak pernah berkata bahawa suatu hari nanti mereka akan menjadi ‘seseorang’ secara muluk-muluk. Apa yang mereka miliki hanyalah khazanah karya yang dihasilkan walaupun usia kreatif mereka ada yang tidak panjang. Mereka sentiasa diingat dan dikenang. Kita melihat wajah mereka di atas dinding pameran atau dalam buku biografi penulis. Kita melihat senarai karya yang panjang walaupun karya-karya yang disenaraikan itu kebanyakannya tidak dibukukan. Terlalu tinggi penghargaan kita terhadap penulis atau sasterawan yang lahir sebelum kita. Kita amat menghormati mereka kerana mereka bahagian daripada kita yang mengimarahkan aktiviti sastera. Namun di sisi yang lain apakah penghormatan itu juga lahir dari setiap hati masyarakat yang mengetahuinya? Apakah sikap pemerintah Negeri Sabah untuk meletakkan kedudukan para penulis atau sasterawannya ini? (Dalam Artikel 'Dari Darul Saadah ke Darussalam: Menyirat Jernih Selut Sastera. |
|
APA YANG
PERNAH KUBACA... |
Kebahagiaan yang paling utama adalah panjang usia untuk
menjalani ketaatan kepada Allah." (riwayat Ibnu Luhaiah dari Ibnu al-Haad
dari Muthalib)
|
Kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya
kukuh dan cabangnya menjulang ke langit." (Ibrahim: 24)
|
Hati
tidak berdusta apa yang dilihatnya." (Al-Najm 53:11)
|
|
|
|
FOTO-FOTO KAMI... [Klik album foto] |
|
S A J A K - S A J A K P I L I H A N |
|
|
|
|
|