MUNGKINKAH
KERANA KESILAPAN
Menjelajahi liku akar rahsia rasa
baru ditemui rindu bersembunyi di balik tabir fikir
Dalam lamunan rindu itu
menyusur galur bahasa yang terlalu rahsia
memperibadi mimpi
Bukan saja keliru ketika mengungkapkan
perulangan malam dan siang
ada pada diri
rupanya diadun kesilapan yang rahsia
Maka hanya pulang saja memberi tanda
waspada dan muhasabah
impian meski tak bernoktah
mempelajari kebenaran
lebih insan
lebih insaf
sebelum meneruskan hala ke akar rahsia
negeri jauh itu
Mungkinkah kerana kesilapan
meriwayatkan pedoman
hari hari menjelang
kedewasaan?
HASYUDA
ABADI
|