Make your own free website on Tripod.com

laman akar cahaya   "...KEBAHAGIAAN TERLETAK PADA PILIHAN DIRI SENDIRI BUKAN DALAM ACUAN ORANG LAIN..."  

Cahaya dalam Makna-Nya 

 

Biodata
Antologi Puisi
Puisi Hadiah Sastera
Cerpen Hadiah Sastera
Puisi Pilihan Berita Sabah
Skrip Drama 'Takungan Bayu'
Puisi-puisi Kunjungan
Puisi-puisi Klasik HA
Alamat/Perhubungan Sahabat
Aktiviti
Sahabat
Nostalgia
Salasilah

Pautan Laman Ini

Ikatan Penulis Sabah
Surat Khabar
DBP
MBSS
Majalah Online
Komposisi OnLine
Alamat Media
Suluk Hompage
Bacaan Al-Quran
Tafsir Alquran
Writer Digest
Library On-Line
Poet On-Line
Pautan Penyair
Jabatan Kerajaan
Stesen TV Swasta
Tripod
Poetry Magazine
Bantuan Poskod
Yahoo.Com

Laman Sahabat

Ony Latifah Osman

Haji Ismaily Bongsu

Nurul Omar

Tiara

ABM Fajeer

Rem

Faisal Tehrani

Mawar Shafie

Marsli NO

HB Johar

Ken Fitria

 


Jadual Solat
Kota Kinabalu Sabah

Tempat Lain
Imsak 4:40
Subuh 4:52
Syuruk 6:00
Zuhur 12:13
Asar 3:19
Maghrib 6:17
Isyak 7:27

 

Pengucapan Puisi

Meng'akar'i Akar Percakapan

 

Buku Lawatan

 
Lihat Buku Lawatan
Tandatangan Buku Lawatan  

 

FIER, PUTRI KESAYANGANKU KLIK DI SINI - DENGARKAN SAJAK-SAJAK SAYA DIBACA - HASYUDA ABADI

ANDA DIPELAWA MELAYARI PAUTAN SAYA
YANG LAIN:

Sembang Kreatif Hasyuda Abadi
Kreatif Hasyuda Abadi
egroups Laman Akar Cahaya

 
APA YANG PERNAH KUUNGKAPKAN...

Pengalaman tidak akan didewasakan oleh peristiwa yang serupa, tetapi apabila hal-hal yang serupa menjadi hambatan menyebabkan sesuatu itu menjadi 'gunting', sewajarnyalah kita membetulkan kesilapan itu agar 'gunting' tidak terus bersembunyi di dalam lipatan!  

Kekuatan kita adalah jati diri kita. Mawar yang asli akan wangi selamanya kerana bukan aroma semata tetapi teguhnya yang beralas atas cahaya keagungan. 

Bintang itu bukan datang dari angkasa, ia datang dari 'langit' yang lebih luas dan 'kuasa' yang diberi tidak kepada ramai orang. Namun tanpa usaha yang gigih, kita tidak mungkin menerima apa-apa. 

Kataku pada Jair Sulai: Apabila kita tidak menemukan satu jalan biasa, carilah jalan lain meski berliku yang akhirnya akan sampai juga di destinasi yang sama. 

Duit bukan segala-galanya dalam kehidupan namun dengan nilai duit yang ada itu juga memberikan kesempatan para penulis menajamkan fikirannya semata-mata untuk memberikan kesedaran kepada orang lain. Rakyat yang miskin harus diberikan perhatian sewajarnya, rakyat yang kaya harus membantu mereka yang tidak bernasib baik, rakyat yang lupa diingatkan, rakyat yang leka disedarkan, rakyat yang tidak amanah ditegur, rakyat yang jenayah diinsafkan selepas melalui era hukuman. Konsep saling ingat mengingatkan ini amat relevan dengan tanggungjawab penulis. Rujukan-rujukan dalam bentuk buku tidak mungkin dapat ditemui tanpa penulis. Penulis yang masyhur dan berilmu memerlukan pembaca dan pembaca itu tentulah mereka yang mempunyai nilai beli yang baik.

Penulis tidak pernah berkata bahawa suatu hari nanti mereka akan menjadi ‘seseorang’ secara muluk-muluk. Apa yang mereka miliki hanyalah khazanah karya yang dihasilkan walaupun usia kreatif mereka ada yang tidak panjang. Mereka sentiasa diingat dan dikenang. Kita melihat wajah mereka di atas dinding pameran atau dalam buku biografi penulis. Kita melihat senarai karya yang panjang walaupun karya-karya yang disenaraikan itu kebanyakannya tidak dibukukan. Terlalu tinggi penghargaan kita terhadap penulis atau sasterawan yang lahir sebelum kita. Kita amat menghormati mereka kerana mereka bahagian daripada kita yang mengimarahkan aktiviti sastera. Namun di sisi yang lain apakah penghormatan itu juga lahir dari setiap hati masyarakat yang mengetahuinya? Apakah sikap pemerintah Negeri Sabah untuk meletakkan kedudukan para penulis atau sasterawannya ini? (Dalam Artikel 'Dari Darul Saadah ke Darussalam: Menyirat Jernih Selut Sastera. 

 

KUMPULAN PUISI PERSENDIRIANKU... 

BALADA PADUKA MAT SALLEH DBP(1989) AKAR CAHAYA IPS (1997) DATANG KEMBALI IPS (1997) MENGINAI BADAI DBP (2004)- Klik untuk mengikuti puisi-puisi Hasyuda AbadiSINAR SIRNA DBP (2006)- Klik untuk mengikuti puisi-puisi Hasyuda Abadi

APA YANG PERNAH KUBACA...

Kebahagiaan yang paling utama adalah panjang usia untuk menjalani ketaatan kepada Allah." (riwayat Ibnu Luhaiah dari Ibnu al-Haad dari Muthalib)  

Kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kukuh dan cabangnya menjulang ke langit." (Ibrahim: 24)  

Hati tidak berdusta apa yang dilihatnya." (Al-Najm 53:11)

 
 
 

  
FOTO-FOTO KAMI... [Klik album foto]

adikadikadikabangadik


S A J A K - S A J A K P I L I H A N


AKAR CAHAYA


Sesuatu yang berada di merata mana akan berpindah
dari hujung pandang ke dalam pandang yang rendah
sebelum tiba ke dasar pandang
teratas…

Apakah
yang dipelajari daripada pandang?
Misalnya ketika memilih warna;
bagaimana warna belum dapat menenggelamkan buta
meletakkan nilai makna warna dengan seutuh sempurna
di atas pandang telus ke medan cahaya

Walaupun singgah di pelabuhan pandang jauh
mentafsir citarasa cemerlang
masih tak sampai jua menilai nikmat itu
masih tak mampu menjana makna hikmah itu;
selesaikan di sini? Tanya kalbu:
Pandang rupanya harus tertumpu
hanya pada satu
nikmat itu padu di situ
utuh mengasuh butaku

Demikian cahaya berada
dalam lapisan-lapisan akar yang jauh
di sana…

Kota Kinabalu
6 Disember 2001


Nur Ramadan

nur sentiasa bersamamu
memelihara tamsil pandang
di ujana kalbu yang sentiasa juga
menemukan indah nafs-mutmainnah
turun memahkotai damai
mengiring perisai iman
dalam khusyuk yakin
suburmu yang mengabadi lebur
memanjatkan rasa syukur
yang tak pernah siap
menyatakan harap

Pustaka Iqbal Nazim,
Kota Kinabalu, Sabah.

7 Ramadan 1426H


Pintu

pintu pun tersibak membuka diri
tidak pernah kau melihatnya
dengan padang nyata tapi merasai

ada cinta yang mengalir tanpa debur
sunyi damai tapi mendekam simfoni
hingga tak tercapai akal, di manakah dasarnya?

ada tanya yang bernafas dalam waras
ada cari yang menjalar di belukar samar
kembali ke pintu diri memusatkan tamsil dan tafsir

samar berbebat waras
masuklah dan biarkan pintu itu
menerima saksi perjalanan

Hasyuda Abadi,
Kota Kinabalu,
S A B A H.

15 Oktober 2005
10 Ramadan 1426H


Merpati

tiba-tiba kalian ada di sini
merpati yang liar
dan labah-labah datang dari langit

tidak siapa tahu
kerana sarang dan jaring
memberi ruang kepada sesuatu yang diburu
meyakini tiada nafas berhembus di situ

oleh pertolongan Tuhan
kau tak jadi menggaru betismu
wahai ahli-ahli kuffar!

Hasyuda Abadi,
Pustaka Iqbal Nazim,
Kota Kinabalu.


ummu jamil

tak dapat kukira nilai
keangkuhanku berbanding
harga kalong ini sewaktu
seluruh keluarga nabi
habis kuhiris-hiris

aku isteri bangsawan
memperbuat sesuatu yang lain
siapa berani menyiram geram
dengan air busuk
melukakan kaki nabi
dengan duri-duri di hadapan pintu?

aku si jelita saudara abu sufian
yang kurang sabar
memandang tersebar syair Islam
yang digoncang angkuh ketika nama
dan suamiku abu lahab dijanji Tuhan
dengan api yang buas

di manakah muhammad
di manakah muhammad
aku tidak melihatnya, di manakah dia
akan kucincang-cincang tubuhnya!

Epilog:
[Di sisi Abu Bakar, nabi berkata
malaikat jabril telah melindungiku
dari pandangan ummu jamil...]

HASYUDA ABADI,
Pustaka Iqbal Nazim
Kota Kinabalu.


Sayap Anis
::salam ulangtahun ke-43

sama meneroka makna biar bercalar
sama memugar ratna biar berputar

demikian jauh libasan sayap mengawan
singgah dari dahan ke dahan
sesekali jatuh tapi tetap bertahan
kembali juga di daratan
merafak ampunan

tetap menemukan
jelitnya.


Ruai Rosiah
:Salam ulangtahun ke-34 pada 19 September 2005

pernah merasai siapakah penaklukmu
yang dilepaskan dan menerima seadanya
gugur bagai luruh dedaun:
luluh riuh silu
dan pendam dendam
dibawa gelora
ke perut kalut

beradu dalam suara yang mendekam
kudengar syahdu stanza kata-kata yang dieram
lara membara
lirih kembara jauh meredakan dendam
mengalihkan perawan malam di dada kelam
tetap juga mendengar sebuah gembira
bersatu menyahut sapaan yang tersimpan
di halkum hukum

penakluk yang damai menghurai peristiwa
bertamu mengajak bicara dan tak pernah sekadar kata dihias rias melentur degil menjelaskan erti diri santai di ruai sunyi
meski kini
mandiri
memandang cermin masa
dengan damba tak pernah dititik noktah.

Pustaka Iqbal Nazim.
KM4, Jalan Tuaran,
Kota Kinabalu.


Aqua
: rosiah

kubuka lukamu semalam
kedengar warnamu yang suram
di mana ketika menitip salam
kaulepaskan genggaman
akhirnya tenggelam menyelami kolam diam
menatap setiap gerakan tiram
mengeramkan mutiara yang bercahaya
di mata.

Km 4, Jalan Tuaran,
Kota Kinabalu.


Takkan Titik!

takkan titik tentang malam yang belayar
gelora tinta yang menulis aksara peribadi, takkan
kembali datang ke rumah sukma yang karam

kusedari hanyut dalam gelombang bimbang
tiktok bunyi waktu yang tak henti berlalu
tak sempat mengira bilangan dan angka

dibuai nada dan lagu digemakan ke ruang
yang semakin temaram dik jejaring kebisuan
hening yang kian rawan dan mengucapkan pemergian

titik takkan terjadi!
semakin terbina dan menebarkan impian
dirawat riwayat hayat yang disimpul hebat

Kota Kinabalu,
S A B A H.
21 September 2005







Puisi Pilihan
Diam Sepimu
Kias
Wajah Di Cermin
Berjalan ke Arah CaHaya
Nyanyi Sepi
Sebelum Diisytihar Perang
Mungkinkah Kerana Kesilapan
Akar Percakapan
Mendengar Nafas
Menghidu Bisikan Api
Menghafal Sepi
Ramadhan al-Mubarak
Gerimis Syajaratul Mahabbah
Selendang Mahabbah
Lebur yang Abadi
Senjakala
Menginai Badai
Memerangi Dewasa
Melarik Malam
Lara, Ibuku
Mengakrabi Bulan
Melerai Salam
Pulanglah Diri ke Mawaddah Peribadi Asal
Nur Syajaratul Mahabbah
Memandang Jernih
Bisu Cermin
10 Muharam
Bunyi Bulan
Nur
Sajak Cinta Bulan Mei
Di Sini Kuala Lumpur
Menifestasi Rindu
Memilih Ketua
Cerpen Pilihan
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Kekasihku Sireggi
Rex,Den,Denna
Sepasang Sayap Jelita
Hanya Sebutir Debu
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Kumpulan Cerpenku
Sajakku Dalam Blog
Artikel Pilihan
Kritik Bijaksana
Pemikiran Shuhaibun Yussuf
Pertemuan 'Penulis-penulis yang Hilang'
Permasalahan Sastera di Sabah
Puisi seperti gula-gula getah!
Kemelut sastera di tengah kemelut pembinaan bangsa
Pasang Surut Penyair
Mastera 1997
Mengharap Rahmat dan Keampunan Allah
Berfikir Secara Negatif yang Baik
Surat Khabar
Di Talian
Berita Harian
Utusan Malaysia Online
Bernama
Metro
Malaysia Today
The Star Online
The New Strait Times

 Makalah

Kota Tamadun Bangsa
Keberadaan Penulis Muda dalam Konteks Sastera Malaysia
Karya Mega dan Karya Megah
Samudera Kesusasteraan Melayu
Dari Darussaadah ke Darussalam
Sambulayang Seorang Nandra

Permata Hati

Anak-anak: Zierah,Fierah & Muhd Yazin

Puteri Pingitanku yang akan mengikut jejak ayahnya

2 puteri tersayang 

 

  Anda pengunjung ke

video slots
video slots

 

© 2002-2008 Hak Cipta Hasyuda Abadi

Ikatan Penulis Sabah,  Peti Surat 10931,  88810 Kota Kinabalu, Sabah.

No.Telefon:  012 8330664/088 488588  Faks: 088 488566

Webmaster

Laman ini dikemaskini sehingga

Sabtu, 28 Jun 2008