Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

Mengarca Rahsia

 

LARA, IBUKU

menjadikan lara ibuku
tetapi juga guru di madarasah kalbu
kembalikan roh yang kembara
buai uji dan permainan perjalanan
menyatukan hilang yang datang
pulang membawa keupayaan bulan
meleburkan mimpi-mimpi matahari
melumat buta melihat alpa diri

madarasah muhasabah
masih juga kulembarkan bingkisan rahsia
membacanya bererti memahami
tetapi tetap tak pasti mendalami danau diri
ketika menelusuri setiap rimba dan sungai
batubatu, pepohon dan akar perjalanan
hanya ditemui pengalaman
akrab kenangan 
yang tak pernah mengamankan

hanya kerana lara ibuku
dan guru madarasah kalbu
rela segalanya berhijab mihrab 
pedoman Tuhan akan mencirikan makna rahsia 
sabda rasul akan memecahkan kelam di rimbanya

lara ibuku
dan guru madarasah kalbu
biar khusuyu’ku diuji 
damaiku dilestari
muhasabahku memutih abadi.


26 Ramadhan 1423H,
Laman Akar Cahaya.