laman akar cahaya   "...DENGAN SUKACITA SAYA  MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO' DR. FIRDAUS ABDULLAH  ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.  SEMOGA LATAR EKONOMI DAN KEBUDAYAAN YANG ANDA TEROKAI AKAN MELESTARIKAN  AGENDA KESUSASTERAAN, KEBAHASAAN DAN KEBUDAYAAN DENGAN CEMERLANG ..."  

Cahaya dalam Makna-Nya 

 

Biodata
Antologi Puisi
Puisi Hadiah Sastera
Cerpen Hadiah Sastera
Puisi Pilihan Berita Sabah
Skrip Drama 'Takungan Bayu'
Puisi-puisi Kunjungan
Puisi-puisi Klasik HA
Alamat/Perhubungan Sahabat
Aktiviti
Sahabat
Nostalgia
Salasilah

Pautan Laman Ini

Ikatan Penulis Sabah
Surat Khabar
DBP
MBSS
Majalah Online
Komposisi OnLine
Alamat Media
Suluk Hompage
Bacaan Al-Quran
Tafsir Alquran
Writer Digest
Library On-Line
Poet On-Line
Pautan Penyair
Jabatan Kerajaan
Stesen TV Swasta
Tripod
Poetry Magazine
Bantuan Poskod
Yahoo.Com

Laman Sahabat

Ony Latifah Osman

Tiara

ABM Fajeer

Rem

Faisal Tehrani

Mawar Shafie

Marsli NO

HB Johar

Ken Fitria

 


Jadual Solat
Kota Kinabalu Sabah

Tempat Lain
Subuh 4:57
Syuruk 6:00
Zuhur 12:23
Asar 3:23
Maghrib 6:28
Isyak 7:36

 

Pengucapan Puisi

Meng'akar'i Akar Percakapan

 

 

 
Lihat Buku Lawatan
Tandatangan Buku Lawatan  

 

B I O D A T A

NAMA nama sebenarnya Sukor Usin dilahirkan pada 1 September 1960 di Kampung Lumadan, Beaufort, Sabah. Anak pertama daripada enam beradik yang terdiri empat perempuan dan dua lelaki. Berketurunan Murut-Jawa, Hasyuda memulakan pendidikan dasarnya di Sekolah Kebangsaan Lumadan, Beaufort (1967-1972) kemudian di Sekolah Menengah St John, Beaufort pada peringkat menengah (1973-1978). Ayahnya, Haji Hussin Rippan dan ibunya Hajah Subiah Sidek menjalankan perniagaan kedai runcit dan gerai makanan. Pada masa ini Hasyuda berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penerangan/Pilihan Raya di Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah. Dalam bidang penulisan Hasyuda amat meminati penulisan kreatif genre puisi,cerpen, esei di samping penulisan skrip drama. Mula menulis ketika berhijrah ke Kota Kinabalu kerana bekerja di Jabatan Penyiaran Malaysia iaitu pada tahun 1979 melalui puisi pertamanya yang tersiar di akhbar Sabah Times berjudul "Mengapa O Mengapa". Hasyuda pernah menerima Hadiah Sastera Malaysia dalam genre puisi pada tahun 1985 dan Hadiah Sastera Sabah (1989,1991,1998,2000, 2002 dan 2004) dalam genre puisi dan cerpen.

Beliau merupakan Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 1987 dalam penulisan puisi di bawah bimbingan Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Hasil daripada projek ini, beliau telah menghasilkan sebuah antologi puisi panjang berjudul Balada Paduka Mat Salleh yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1989. Hasyuda juga pernah menyertai Program Penulisan Mastera di Jakarta pada tahun 1997. Dalam bidang drama, Hasyuda pernah menerima bimbingan Marzuki Ali melalui bengkel pengarahan dan penulisan skrip drama pentas pada tahun 1982 anjuran Angkatan Penulis Kinabalu Sabah (ASAS) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Hasyuda juga aktif menggerakkan teater kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah menerusi Kumpulan Anak Seni pada tahun-tahun 1983 hingga 1986 dan pernah menghadiri Kursus Penggerak Teater Kanak-kanak pada tahun 1983 anjuran Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan Persekutuan. Pada tahun 1995 skrip drama pentas beliau berjudul 'Takungan Bayu' telah memenangi hadiah kedua dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP Cawangan Sabah. Pada penghujung 1999, Hasyuda menerima Hadiah Tinta Sastera 1999 dan 2004 kerana penglibatan aktifnya dalam bidang penulisan sepanjang 1998-1999 dan 2002-2003.

Sehingga kini Hasyuda telah menghasilkan lebih 1,000 buah puisi, 33 buah cerpen, 35  buah esei sastera dan 3 buah skrip drama pentas di samping beberapa buah skrip drama radio yang disiarkan dalam media-media tempatan dan nasional seperti Borneo Mail, Daily Express, Sabah Times, Borneo Post, Wadah, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Shautul Islam dan Bahana. Beliau juga banyak menyumbangkan karya-karyanya dalam bentuk antologi puisi bersama seperti Sematan (GPPS, 1984), Titian Rindu (DBP Sabah, 1987), Kekasih (DBP Sabah/MUIS, 1987), Perubahan (DBP, 1988), Siapakah Antara Kita (DBP, 1988), Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989),  Mengenang-Mu (DBP, 1989), Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990), Perkasihan Musim (DBP Sarawak, 1992), Luka Bosnia (BAHASA, 1992), Al-Kahfi (DBP Sabah/MUIS, 1992), Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993), Nafas Utara Borneo  (DBP Brunei, 1994), Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995), Kafilah (DBP/MUIS, 1996), Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997),Tasbih Rindu (DBP Sabah/MUIS, 1998), Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002), I'tiqaf (DBP Sabah/MUIS, 2003), Cinta Pohon Tamar (Jahabersa, 2004) dan Nyanyian Iman DBP Sabah/MUIS, 2004).Hasyuda juga memilih antologi persendirian, Balada Paduka Mat Salleh (DBP,1989), Akar Cahaya(IPS, 1997) dan Datang Kembali (IPS, 1997), Menginai Badai. Sebuah lagi antologi puisi sedang dalam proses penerbitan iaitu Lebur yang Abadi. Manakala antologi cerpen beliau berjudul 'Sepasang Sayap Jelita' (INPES, 2004) di samping sebuah lagi antologi cerpen bersama 'Rantau Utara' (DBP Brunei,1989).

Kini Hasyuda memimpin Ikatan Penulis Sabah(IPS) di samping menjadi ahli Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBSS) dan terlibat sebagai Ketua Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya Latihan Khidmat Negara.

 


Puisi Pilihan
Diam Sepimu
Kias
Wajah Di Cermin
Berjalan ke Arah CaHaya
Nyanyi Sepi
Sebelum Diisytihar Perang
Mungkinkah Kerana Kesilapan
Akar Percakapan
Mendengar Nafas
Menghidu Bisikan Api
Menghafal Sepi
Ramadhan al-Mubarak
Gerimis Syajaratul Mahabbah
Selendang Mahabbah
Lebur yang Abadi
Senjakala
Menginai Badai
Memerangi Dewasa
Melarik Malam
Lara, Ibuku
Mengakrabi Bulan
Melerai Salam
Pulanglah Diri ke Mawaddah Peribadi Asal
Nur Syajaratul Mahabbah
Memandang Jernih
Bisu Cermin
10 Muharam
Bunyi Bulan
Nur
Sajak Cinta Bulan Mei
Di Sini Kuala Lumpur
Menifestasi Rindu
Memilih Ketua
Cerpen Pilihan
Memilih Diam
Kepala-Kepala
Ekor
Seberkas Idea Tentang Pohon
Debu, Besi dan Sebuah Kebosanan
Dicitrakan Tentang Sesuatu yang Melompat
Bagai Dedalu
Citra Tidak Berakhir di Sini
Kekasihku Sireggi
Rex,Den,Denna
Sepasang Sayap Jelita
Hanya Sebutir Debu
Hanya Namanya Khartizah
Sahabat Saya yang Hilang
Seniman
Maruah Harith
Kumpulan Cerpenku
Sajakku Dalam Blog
Artikel Pilihan
Kritik Bijaksana
Pemikiran Shuhaibun Yussuf
Pertemuan 'Penulis-penulis yang Hilang'
Permasalahan Sastera di Sabah
Puisi seperti gula-gula getah!
Kemelut sastera di tengah kemelut pembinaan bangsa
Pasang Surut Penyair
Mastera 1997
Mengharap Rahmat dan Keampunan Allah
Berfikir Secara Negatif yang Baik

 Makalah

Kota Tamadun Bangsa
Keberadaan Penulis Muda dalam Konteks Sastera Malaysia
Karya Mega dan Karya Megah

Permata Hati

Anak-anak: Zierah,Fierah & Muhd Yazin

Puteri Pingitanku yang akan mengikut jejak ayahnya

2 puteri tersayang 

 

  Anda pengunjung ke

 

© 2002-2005 Hak Cipta Hasyuda Abadi

Ikatan Penulis Sabah,  Peti Surat 10931,  88810 Kota Kinabalu, Sabah.

No.Telefon:  016 8430078/088 210280  Faks: 088 260080

Webmaster

Laman ini dikemaskini sehingga

Khamis, 20 Oktober 2005