Make your own free website on Tripod.com

 

 

PUISI SEPERTI GULA-GULA GETAH!

oleh Hasyuda Abadi

SAYA pernah mengutarakan pandangan mengenai puisi sebagai bahan komoditi. Dulu puisi tidak semudah sekarang dipersembahkan dalam apa jua majlis rasmi dan tidak rasmi. Tanpa mengira kedudukan puisi menjadi kunyahan yang popular. Puisi seperti gula-gula getah. Dilumrahkan bacaannya kemudian dilontar ke sana-sini seperti gula-gula getah!

Pandangan ini memang tidak popular. Saya amat cintakan puisi. Kehidupan sastera saya ditandai oleh puisi awal saya bersama Anak Seni pimpinan Zaiton Ajamain sekitar tahun 1979. Hingga sekarang puisilah mengenalkan saya dunia sastera sebenarnya. Malangnya puisi di'lacur'i oleh mereka yang tidak mengetahui rohnya yang sebenarnya. Merujuk pandangan HBI, saya setuju pembacaan puisi di RTM kurang berkesan kerana ditangani oleh orang yang tidak mahir mengenainya. Baca puisi dan baca pantun  tidak lahir bersama rohnya.

Maka pantun dan puisi pun seperti gula-gula getah. Mohon tidak bersetuju persamaan yang saya buat ini kerana puisi harus berada pada tempatnya yang betul. Disampaikan dengan cara yang betul. Puisi harus dikunyah tetapi memelihara kunyahan itu, agar meresap ke dalam kalbu dan minda bangsa kita. Bukan bacaan biasa yang menjadi tontonan biasa dan dibiarkan berlalu bersama berlalunya bayu senja.

23 Oktober 2002