Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

Mengarca Rahsia

 

PULANGLAH DIRI KE MAWADDAH PERIBADI ASAL
(Rabb, diruang muhasabah ini abadikan aku ke dalam diriku)
 
pulanglah diri ke mawaddah peribadi asal
diamkan segala gelak riuhmu ke lahad sukma rahsia
biarkanlah mawar mujahadah seorang Zulaikha
menakluk salju ujana mistik kalbumu
tenanglah dalam sutera mahabbah ar Rahman
 
pulanglah diri ke taman peribadi asal
senyapkan segala gelak riuhmu ke lahad sukma rahsia
biarkanlah kausar uzlah seorang Rabiahtul 'Adawiyah
mencengkam hening segenap marhaban detar atmamu
teduhlah dalam sutera mahabbah ar Rahim
 
pulanglah diri ke kamar peribadi asal
sepikan segala gelak riuhmu ke lahad sukma rahsia
biarkanlah qiam senyap seorang Fatimah Al Khattab
merafak tulus syahdu munajat putihmu
damailah dalam sutera mahabbah al Khaliq
 
pulanglah diri ke mawaddah peribadi asal
harumkan kasturi sepimu dengan asyik zikir
aromakan raihan keseoranganmu dengan asyik tasbih
riangkan narwastu kesendirianmu dengan asyik tasbih
riuhkan sakinah peribadimu dengan asyik pesona kasihNya
 
pulanglah diri
       abadi ke mawaddah peribadi asal
                     pulanglah!