Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

Mengarca Rahsia

 

MELARIK MALAM


peralihan musim dan cahaya
senyap yang menyelinap
yang ditangkap sunyi karibnya

sungai yang mengalir tenteram
tenang membasahkan alam diri
menyelami keajaiban 
dan keagungan
kejadian

selain tiada 
sepimu milik tak sesiapa melupakan
musim-musim wangi
dan luruh daun suasana

menunggu silih ruang
menyingkap tabir siang
sambil tafakur mendekapi raudah zikir
biarlah rimba malam menghijau 
di taman rindu yang disimpan.


24 Ramadhan 1423H
Laman Akar Cahaya