![]() |
![]()
![]()
![]()
![]()
![]() |
![]() |
HASYUDA
ABADI
Beliau
merupakan Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Sabah pada tahun 1987 dalam penulisan puisi di bawah bimbingan Dato'
Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Hasil daripada projek ini,
beliau telah menghasilkan sebuah antologi puisi panjang berjudul Balada
Paduka Mat Salleh yang
diterbitkan oleh DBP pada tahun 1989. Hasyuda juga pernah menyertai
Program Penulisan Mastera di Jakarta pada tahun 1997. Dalam bidang
drama, Hasyuda pernah menerima bimbingan Marzuki Ali melalui bengkel
pengarahan dan penulisan skrip drama pentas pada tahun 1982 anjuran
Angkatan Penulis Kinabalu Sabah (ASAS) dengan kerjasama Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Hasyuda juga aktif
menggerakkan teater kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah menerusi
Kumpulan Anak Seni pada tahun-tahun 1983 hingga 1986 dan pernah
menghadiri Kursus Penggerak Teater Kanak-kanak pada tahun 1983 anjuran
Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan Persekutuan. Pada tahun 1995 skrip
drama pentas beliau berjudul 'Takungan Bayu' telah memenangi hadiah
kedua dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP Cawangan
Sabah. Pada penghujung 1999, Hasyuda menerima Hadiah Tinta Sastera
1999 dan 2004 kerana penglibatan aktifnya dalam bidang penulisan sepanjang
1998-1999 dan 2002-2003. Sehingga
kini Hasyuda telah menghasilkan lebih 1,000 buah puisi, 33 buah cerpen,
35 buah esei sastera dan 3 buah skrip drama pentas di samping
beberapa buah skrip drama radio yang disiarkan dalam media-media
tempatan dan nasional seperti Borneo Mail, Daily Express, Sabah Times,
Borneo Post, Wadah, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Berita Minggu,
Mingguan Malaysia, Shautul Islam dan Bahana. Beliau juga banyak
menyumbangkan karya-karyanya dalam bentuk antologi puisi bersama
seperti Sematan (GPPS, 1984), Titian Rindu (DBP Sabah, 1987), Kekasih
(DBP Sabah/MUIS, 1987), Perubahan (DBP, 1988), Siapakah Antara Kita (DBP,
1988), Ujana Laut Ujana Hati (DBP Sabah/MUIS, 1989), Mengenang-Mu
(DBP, 1989), Nyanyi Dari Desa (BAHASA/ANAK SENI, 1990), Perkasihan
Musim (DBP Sarawak, 1992), Luka Bosnia (BAHASA, 1992), Al-Kahfi (DBP
Sabah/MUIS, 1992), Kiswah Rindu (DBP Sabah/MUIS,1993), Nafas Utara
Borneo (DBP Brunei, 1994), Qiam (DBP Sabah/MUIS, 1995), Kafilah
(DBP/MUIS, 1996), Mujaddid (DBP Sabah/MUIS, 1997),Tasbih Rindu (DBP
Sabah/MUIS, 1998), Sapaan Bonda (DBP Sabah/MUIS, 2002), I'tiqaf (DBP
Sabah/MUIS, 2003), Cinta Pohon Tamar (Jahabersa, 2004) dan Nyanyian Iman
DBP Sabah/MUIS, 2004).Hasyuda juga memilih antologi persendirian, Balada
Paduka Mat Salleh (DBP,1989),
Akar Cahaya
(IPS, 1997) dan Datang
Kembali (IPS, 1997).font color="#FF0000">Menginai Badai Sebuah lagi
antologi puisi sedang dalam proses penerbitan iaitu Lebur yang Abadi. Manakala antologi cerpen beliau berjudul 'Sepasang Sayap Jelita' (INPES, 2004) di samping sebuah lagi antologi cerpen bersama 'Rantau Utara' (DBP Brunei,1989).
| ![]() |
![]()
|
![]() |
© 2002-2005 Hak Cipta Hasyuda Abadi
Ikatan Penulis Sabah, Peti Surat 10931, 88810 Kota Kinabalu, Sabah.
No.Telefon: 016 8430078/088 210280 Faks: 088 260080
Laman ini dikemaskini sehingga